Tuesday, August 24, 2010

PEMANDUAN BERHEMAH -Punca Kemalangan


Pemanduan berhemah di kalangan pemandu di Malaysia khususnya, adakah pemanduan berhemah ini menjadi amalan pemandu-pemandu di Malaysia? Maka, apakah punca berlakunya kemalangan jalan raya? Adakah anda boleh di kategorikan sebagai salah seorang daripada pemandu yang mengamalkan pemanduan berhemah semasa berada di jalan raya? Bagaimana menyukat pemanduan berhemah yang di amalkan di kalangan pemandu-pemandu di Malaysia? Kita tidak mempunyai jawapan yang tepat untuk mengetahui dan menyedari sejauh mana kita mengamalkan pemanduan berhemah semasa mengendalikan kenderaan di jalan raya.

Pemanduan berhemah di Malaysia sememangnya tidak dapat kita kesan, walaupun terdapat segelintir yang mengamalkan pemanduan berhemah, namun ia tidak dapat membendung kadar prningkatan kemalangan jalan raya di Malaysia. Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa pemanduan berhemah sememangnya tidak menjadi amalan di kalangan pemandu di Malaysia. Iaitu 96% kecederaan dan kematian dari kemalangan adalah disebabkan oleh pemandu cuai. Siapa pemandu cuai tersebut? dari peratusan ini kita dapat mengenalpasti bahawa pemanduan berhemah di kalangan pemandu di Malaysia sememangnya tidak di amalkan. Selain daripada itu, 'Bahaya Semula Jadi' iaitu keadaan dan struktur permukaan tanah serta lain-lain bahaya juga menjadi faktor utama kemalangan jalan raya berlaku. Tetapi bahaya semula jadi ini boleh di elakkan sekiranya setiap individu yang mengendalikan kenderaan di atas jalan raya mengamalkan pemanduan berhemah. Maka dengan jelas dapat kita lihat, faktor kemalangan jalan raya adalah hasill kegagalan manusia itu sendiri ketika berada di jalan raya kerana tidak mengamalkan pemanduan berhemah.

Persoalan demi persoalan telah diajukan, maka apakah yang menjadi punca kepada kegagalan ini? Manusia sebagai penyebab kepada berlakunya peningkatan kemalangan? atau Gaya pemanduan berhemah di kalangan pemandu di Malaysia gagal di amalkan?

6 comments:

  1. sikap n sifat para pemandu nie xblh d ramalan.....wlupun dh berhati2 tp sbb org yg lain ada jga yg kena....

    ReplyDelete
  2. manusia yg penyebabnya tp ada faktor yg lain jga menyumbang kepada kemalangan jalan raya

    ReplyDelete
  3. mm, keadaan fizikal kenderaan itu sendiri kadang-kadang menyumbang kpd kemalangan. contoh: kemalangan bas ekspess ***** disebabkan pintu pemandu bas longgar, pemandu bas tercampak dan blaku kemalangan. kenalah servis kenderaan dulu, sebelum perjalanan jauh, terutama kenderaan lama. sifat pemandu tak boleh diukur. susah nak dinyatakan. sendiri mau ingat lah! kan? :)

    ReplyDelete
  4. kdg2, cara pemanduan kita, dah cukup berhemah...tapi disebabkan org lain, kta jg tak dapat lari dari jadi mangsa keadaan...
    apapun, malang tidak berbau...sama2 kita berhati2, tambahan lagi di musim2 perayaan yg bakal menjengah tak lama lagi....

    ReplyDelete
  5. dua2 punca betul... tmbh lg faktor sekeliling yg tidak menentu seperti:
    -jalan basah dn licin...mgkn berpasir..
    -bentuk muke bumi...
    -gelap dan x brlampu...
    -tayar pecah, enjin jammed, mslh brek...masalah teknikal lebih mudah
    -dll

    ReplyDelete
  6. Hari raya dah dekat... hati2 bila memandu

    ReplyDelete